Thursday 10 January 2013

Love tips..



Seandainya mampu ku mengubah segala yang telah terjadi takkan ku sakiti hati mu.. Berbagai cara yang ku lakukan, kau masih dingin terhadapku.. Namun ku nekad untuk membahagiakan mu buat kali ini walaupun hati ini terluka dengan sikap dan layanan.. Sayang... Maafkan aku..

Bagaimana berhadapan dengan kekasih yang merajuk kerana egonya yang tinggi? Saya sertakan beberapa tip yang saya harap dapat membantu anda yang buntu memujuk.
  • Bila si dia enggan menghubungi anda selepas dua hari kerana terjadinya perselisihan maka anda harus memulakan menghantar mesej atau email hanya untuk bertanya khabar terlebih dahulu.
  • Bila tetap tidak dilayan hampir seminggu, anda harus memulakan langkah mencari maklumat tentang apa pun aktivit yang dilakukannya sepanjang tempoh tersebut.
  • Cuba untuk berhubung atau berkomunikasi dengan ahli keluarganya contoh adiknya, kakaknya atau sepupu yang hampir dengannya untuk memudahkan kita tahu apa terjadi dalam kehidupan dia.
  • Cuba untuk bersabar walaupun mengambil masa yang lama kerana kesabaran itu menguji keimanan dan kasih sayang kita pada si dia.
  • Apabila dia menyedari kewujudan anda semula tetapi tetap dingin, anda harus sabar dan biarlah si dia menganggap anda sebagai seorang sahabat dahulu kerana anda harus percaya nama anda masih ada di dalam hatinya.
  • Bila si dia sudah kembali jadi anda teruskanla usaha mengambil hatinya... semoga berjaya. GUDLUCK!!! :)