Sunday 31 March 2013

Tips: Kenali Bayi Anda

 

Kepala
Biasanya kepala bayi yang baru lahir akan kelihatan sedikit lonjong akibat proses kelahirannya. Ini disebabkan semasa proses tersebut bayi terpaksa melalui ruang yang terhad bukaannya. Tidak dapat dinafikan juga mun
gkin pada masa itu, pintu serviks ibu masih belum terbuka sepenuhnya. Oleh itu, kepala bayi akan mengikut saiz serviks pada ketika itu. Selain itu, ada sesetengah bayi yang benjol kepalanya. Keadaan ini biasa terjadi sekiranya bayi lahir dengan menggunakan bantuan vakum. Bahagian kepala yang disedut itulah yang akan benjol sedikit. Kepada bapa-bapa, janganlah risau kerana biasanya benjol itu akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

Vernix
Jangan terperanjat jika anda mendapati semasa dilahirkan anak penuh dengan salutan bahan berwarna putih yang berminyak. Bahan tersebut dikenali sebagai vernix yang berfungsi melindungi kulit bayi daripada cecair amnion ketika berada dalam kandungan ibu. Jangan risau, bahan ini boleh dihilangkan dengan hanya mencuci badan bayi dengan air.

Mata
Jika dilihat pada matanya pula, biasanya berwarna sedikit kebiru-biruan kerana proses pigmentasi masih belum berlaku. Proses ini hanya akan mengambil tempat setelah bayi berusia kira-kira enam minggu. Matanya juga kelihatan bengkak. Bengkak ini akan surut selepas dua atau tiga hari. Usah terkejut dan risau bila mendapati mata anak anda kelihatan sedikit juling. Ini adalah perkara biasa untuk tempoh lapan minggu pertama kerana mereka masih dalam proses untuk menyeragamkan pergerakan mata.

Jangan hairan jika bayi anda tidak menunjukkan sebarang tindak balas sekiranya anda berdiri di depannya. Untuk pengetahuan anda, penglihatan bayi pada minggu pertama kelahirannya hanyalah kira-kira 25sm jaraknya. Ini bermakna, dia hanya boleh melihat benda-benda yang dekat dengannya.

Tali Pusat
Kepada bapa yang melihat sendiri anak anda dilahirkan, jangan terkejut jika melihat tali pusat bayi anda. Tali pusat ini sangat panjang dan bercantum dengan uri untuk proses pemakanannya semasa berada dalam kandungan. Selepas dilahirkan, doktor atau jururawat akan memotong pendek tali pusat tersebut lalu dikepit dengan klip plastik. Tali pusat ini perlu dijaga rapi sebelum dia tanggal dengan sendirinya kira-kira lima hingga sepuluh hari kemudiannya. Cuci semua kekotoran yang ada padanya untuk mengelakkan jangkitan. Kuman. Sila dapatkan bantuan bidan ataupun doktor sekiranya tali pusat bayi anda mengalami masalah.

Alat Kelamin
Semasa dilahirkan, alat kelamin bayi sama ada perempuan atau lelaki kelihatan lebih besar daripada yang biasa, seolah-olah membengkak. Jangan risau kerana alat kelamin tersebut akan mengecut selepas beberapa hari dilahirkan. Ada kalanya juga, bayi perempuan akan mengeluarkan sedikit darah ataupun lendir daripada alat kelaminnya akibat perubahan hormon.

Najis
Najis bayi yang baru lahir melekit dan berwarna hijau kehitaman. Najis ini dikenali sebagai meconium. Najis ini kemudiannya akan bertukar warna sedikit demi sedikit seperti najis bayi yang biasa kita lihat selepas mula menyusu. Pada minggu-minggu pertama kelahirannya, bayi kerap membuang air besar.

Berat Badan
Berat badan bayi akan berkurangan sehingga 10 peratus selepas satu atau dua hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, berat badannya akan bertambah selepas mereka mula menyusu.

Telinga
Jangan terkejut jika diberitahu bahawa bayi sudah boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Oleh itu, dengarkanlah perkara-perkara yang baik kepada bayi anda semasa mereka berada dalam kandungan agar dia menjadi anak yang soleh, cerdas dan cergas.

Sentuhan
Percayalah bahawa sentuhan memainkan peranan yang paling penting dalam dunia bayi anda. Belaian lembut daripada anda mencerminkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya. Belailah anak-anak sekerap mungkin kerana anak akan rasa selamat setiap kali berada dalam dakapan anda.

Rambut
Kepala bayi sudah mula ditumbuhi rambut ketika masih di dalam kandungan lagi. Walau bagaimanapun, rambut ini akan gugur sedikit demi sedikit selepas dilahirkan dan akan digantikan dengan rambut yang baru.

Tuesday 26 March 2013

Rahsia Di Sebalik Kelahiran



 TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar, selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.