Friday 22 February 2013

Tips2 kesihatan : Jerawat.

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda.

P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita.

Friday 15 February 2013

Bercium Baik Untuk Kesihatan







Bercium Baik Untuk Kesihatan

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.


* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Tambahan Info: KELEBIHAN BERCIUM

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.


3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.


5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Sunday 3 February 2013

Nafas Berbau (HALITOSIS)



Apa yang dikatakan nafas berbau?
Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur. Walau bagaimanapun, jika ianya berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan.
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
  • Keadaan dalam mulut seperti :
    • Makanan melekat di celah-celah gigi.
    • Bau nafas ketika bangun tidur.
    • Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak bersih dan ulser mulut.
    • Mulut kering
  • Tabiat merokok atau minum alkohol.
  • Pengambilan jenis makanan yang tertentu seperti durian dan bawang putih.
  • Masalah perubatan seperti :
    • Penyakit saluran pernafasan ( farinks, larinks dan paru-paru ).
    • Penyakit salur alimentari atau pemakanan ( esofagus dan perut ).
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
  • Penjagaan kesihatan mulut :
    • Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
      • memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran .
      • bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper.
    • Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut.
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
  • Awasi diet :
    • Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein.
    • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat.
    • Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula.
  • Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol.
Nafas berbau & bahan kumuran
Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.
Vitamin, Garam Galian & Supplemen
Apakah supplemen vitamin dan garam galian?
Pil vitamin atau garam galian yang diambil sebagai tambahan kepada makanan.

Adakah supplemen vitamin dan garam galian diperlukan?
  • Jika anda sihat dan makan makanan seimbang berpandukan kepada Piramid Makanan Malaysia, supplemen tidak diperlukan, (melainkan jika anda mengandung atau bila dinasihati oleh Doktor atau Pakar Pemakanan). 
  • Jika anda perlu mengambil supplemen, sila rujuk kepada Doktor atau Pakar Pemakanan anda.
  • Dos supplemen yang berlebihan boleh memudaratkan. Sila ikut Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 (Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005).
Apakah jenis supplemen vitamin dan garam galian yang biasa?
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin B12
  • Zat besi
  • Zink
  • Kalsium
  • Asid Folik
  • Iodine

Vitamin A
  • Kepentingan

    Ia juga dikenali sebagai Retinol.
    Ia penting untuk :
    • Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
    • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
    • Kulit yang sihat
    • Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
  • Kekurangan

    Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
  • Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
  • Kulit kasar, kering dan berjerawat;
  • Masalah penghadaman;
  • Batu karang (ginjal);
  • Rabun malam
  • Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
  • Sumber

    Sumber Vitamin A yang baik adalah :
    • Hati, telur
    • Marjerin 
    • Susu penuh krim dan susu rendah lemak
    • Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
  • Keracunan
    • Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
    • Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.

Vitamin C
  • Kepentingan

    Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
    • Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
    • Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
    • Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
    • Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
  • Kekurangan

    Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
    • Skurvi
    • Kurang daya tahanan
    • Pendarahan gusi.
  • Sumber

    Sumber Vitamin C yang baik adalah :
    • Jambu batu
    • Betik
    • Belimbing
    • Mangga
    • Buah Sitrus (Limau)
    • Sayuran berdaun hijau
  • Keracunan
    • Cirit birit
    • Ganguan gastro usus
    • Pembentukan batu karang (ginjal)
    • Penambahan asid urik

Vitamin B12
  • Kepentingan

    Vitamin B12 atau Cobalamin, dalam kombinasi dengan Folacin (Vitamin B12 juga dikenali sebagai Asid Folik)
    • Ia digunakan dalam pembentukan sel darah merah
    • Ia juga membantu dan mengekalkan pelindung selaput saraf.
  • Kekurangan

    Simtom kekurangan Vitamin B12 ialah:
    • Pernicious Anemia
    • Lumpuh otot dan urat saraf.
  • Sumber
    • Daging
    • Ikan
    • Ayam/itik
    • Prodek tenusu
    • Telur
    • Hati

Zat Besi
  • Kepentingan

    Zat besi adalah garam galian yang diperlikan dengan sedikit tetapi sangat penting untuk kebaikan kesihatan dan kehidupan. Kebanyakan daripada zat besi dalam tubuh manusia terdapat di sel darah merah-hemoglobin dan kepentingannya adalah:
    • Memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah
    • Pembentukan myoglobin dalam otot
    • Pembawa oksigen
    • Terlibat dalam penggunaan tenaga .
  • Kekurangan

    Secara amnya kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
    • Anemia
    • Simptom 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' dikalangan kanak-kanak
    • Dikalangan orang dewasa kerap kali menyebabkan keletihan
  • Sumber
    • Hati
    • Beef
    • Ayam/itik
    • Ikan
    • Cengkerang
    • Telur
    • Kekacang
    • Kacang kering
    • Buah prun kering
    • Jus buah prun
    • Bijiran - yang ditambah dengan zat besi
    • Gandum penuh
    • Roti yang diperkaya dengan galian dan bayam
  • Keracunan
    • Boleh merosakkan hati dan pancreas,
    • Kemungkinan peningkatan risiko untuk barah dan penyakit jantung.

Asik Folik
  • Kepentingan
    • Juga di kenali sebagai Folate.
    • Diperlukan untuk menghasilkan sel batu terutama sel darah merah.
  • Kekurangan
    • Kelesuan
    • Keletihan
    • Kurang daya tumpuan
    • Cepat marah
    • Pening
    • Jantung berdebar
    • Sesak nafas
    • "Neural tube Defect" (kekurangan semasa mengandung)
  • Sumber
    • Kekacang
    • Sayur daun bewarna hijau

Kalsium
  • Kepentingan
    • Terlibat dalam proses penambahan garam galian dalam pembentukan tulang dan gigi janin
    • Kontraksi dan relaksasi otot,
    • Fungsi-fungsi saraf,
    • Pengawalan selular dalaman,
    • Cofactor enzim selular luaran,
    • Pembekuan darah dan tekanan darah
  • Kekurangan
    • Osteoporosis,
    • Pertumbuhan kanak-kanak yang terbantut.
    • Osteomalasia
    • Rikets
  • Sumber
    • Susu dan produk tenusu,
    • Ikan (Bertulang),
    • Tofu,
    • Kekacang,
    • Brokoli
    • Bayam
    • Cekur manis
    • Makanan yang diiperkaya dengan kalsium
  • Keracunan
    • Batu karang (ginjal).

Zink
  • Kepentingan
    • Pengangkutan untuk Vitamin A,
    • Deria rasa,
    • Penyembuhan luka,
    • Produksi sperma,
    • Perkembangan bayi,
    • Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.
  • Kekurangan
    • Kurang selera makan,
    • Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
    • Kelembapan perbentukan organ seks,
    • Penurunan fungsi imuniti,
    • Lambat penyembuhan luka.
  • Sumber
    • Hati
    • Daging
    • Ayam/itik
    • Makanan laut
    • Kekacang (OffalsNuts)
    • Bijiran
    • Kekacang
    • Bijiran penuh
  • Keracunan
    • Demam,
    • Muntah,
    • Cirit birit,
    • Gastrik
    • Pening

Iodin
  • Kepentingan
    • Membantu dalam pengawalan metabolisma dan pembentukan janin.
  • Kekurangan
    • Pembesaran kelenjar tairoid (goiter)
  • Sumber
    • Makanan laut
    • Garam beriodin
  • Keracunan
    • Sensasi panas dalam mulut, tekak dan perut
    • Sakit perut
    • Demam
    • Loya
    • Muntah
    • Cirit Birit
    • Hypotyroidism
    • Goiter

Haid (Menstruasi)



Menjadi seorang wanita
Apa itu haid?
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.
Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari. 



Anda mengalami masalah dengan haid anda?
Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:
Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
  • Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid
  • Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu
  • Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul
  • Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid
Senggugut
  • Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda
  • Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea
  • Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki
  • Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol
  • Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor anda
Haid yang terlalu banyak
Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:
  • Pendarahan yang berpanjangan
  • Senggugut
  • Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek
  • Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami haid yang terlalu banyak
Tidak datang haid
  • Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid
  • Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur
  • Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung
  • Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut
Haid yang tidak teratur
Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:
  • Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat
  • Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur
Jika masalah ini terjadi, anda dinasihatkan:
  • Menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid anda setiap bulan
  • Mencatatkan tempoh masa setiap haid anda
  • Mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid
Apa yang harus dilakukan semasa haid?
Ingatlah, haid adalah satu kejadian normal dalam kehidupan wanita.
  • Anda masih boleh bersenam dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari
  • Menjaga kebersihan dan menukar tuala wanita dengan kerap
  • Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seandainya mengalami senggugut
  • Menggunakan tampon dengan baik. Patuhi arahan yang diberikan
Note:Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah, pening kepala mahupun rasa kurang sihat semasa menggunakan tampon, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin mengalami keadaan serius yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik.
Perlu kah anda mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?
  • Ia perlu bagi memperbetulkan haid anda
  • Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor
  • Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut
Perlukan bantuan dengan haid anda?
Seandainya anda mengalami masalah, dapatkan nasihat daripada:
  • Ibu
  • Doktor atau jururawat
  • Guru

Hepatitis B



Apakah maksud Hepatitis B
Hepatitis B adalah disebabkan oleh virus Hepatitis B, HBV. Virus ini boleh didapati di dalam darah dan cecair badan orang yang telah dijangkiti dan boleh merebak jika anda terdedah kepada darah, cecair darah(serum) atau cecair dari alat kelamin mereka. Ini boleh berlaku jika anda berkongsi jarum dan picagari atau melalui hubungan kelamin. Wanita yang dijangkiti boleh menyebabkan bayi mereka terdedah kepada virus ini.
Bagaimanakah seseorang itu tahu bahawa dia telah dijangkiti Hepatitis B?
Anda akan mengalami tanda-tanda penyakit ini dalam masa 45-160 hari dari hari anda mula dijangkiti. Jika dijangkiti, orang dewasa adalah lebih cenderung untuk mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit ini jika berbanding dengan kanak-kanak. Tanda-tanda awal dijangkiti Hepatitis B adalah :
  • Penat
  • Sakit kuning
  • Gatal-gatal
  • Hilang selera makan
  • Hilang berat badan
  • Sakit perut
  • Sakit-sakit sendi
Apakah perjalanan semulajadi jangkitan kuman ini?
Kebanyakan orang yang telah dijangkiti akan pulih sepenuhnya. Sebilangan kecil akan menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati yang boleh membawa maut. Ada juga yang akan menjadi pembawa virus Hepatitis B yang kronik selepas pulih dari jangkitan awal Hepatitis B.
Pembawa virus hepatitis B yang kronik adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti berikut:
  • Radang hati yang kronik (Chronic hepatitis)
  • Cirrhosis hati (Liver cirrhosis)
  • Kegagalan fungsi hati (Liver failure)
  • Barah hati
Adakah jangkitan Hepatitis B boleh dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk jangkitan awal hepatitis B. Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk:
  • Rehat yang secukupnya dan minum air dengan banyak
  • Diet rendah lemak dan dan kurang perisa/tawar
  • Elakkan arak/alkohol
  • Dapatkan nasihat doktor mengenai ubat-ubat yang diambil untuk penyakit kronik yang lain
Pesakit radang hati yang kronik (chronic hepatitis) mungkin boleh dibantu dengan ubat interferon atau lamivudine.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari dijangkiti hepatitis B?
  1. Hepatitis B boleh dielakkan dengan :
    • Menghindarkan aktiviti berisiko tinggi contohnya menagih dadah secara suntikan dan seks secara rambang
    • Menghindarkan berkongsi barang-barang persendirian (contohnya pisau pencukur)
    • Mengecualikan pembawa virus Hepatitis B sebagai penderma darah
  1. Hepatitis B boleh dicegah dengan efektif melalui vaksin Hepatitis B. Di Malaysia, semua bayi diberi pelalian untuk HBV.

Pelalian Hepatitis B juga digalakkan untuk kumpulan umur dan populasi masyarakat yang tertentu. Contohnya:
    • Mereka yang belum pernah mendapat pelalian hepatitis sebelum ini
    • Mereka yang terdedah kepada orang yang dijangkiti dengan Hepatitis B di rumah atau secara seksual
    • Mereka yang terdedah kepada darah atau produk darah
    • Kakitangan kesihatan
    • Pesakit-pesakit dialisis
Untuk ibu mengandung yang dijangkiti hepatitis B, anak anda perlu diberi immunoglobulin Hepatitis B secepat mungkin setelah lahir dan ini diikuti dengan pelalian vaksin.