Wednesday 10 October 2012

LoVe..



Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."
Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...

SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Tuesday 9 October 2012

Luahan Hati..

♥• ..Ada ketikanya.. ♥•
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji..
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis...
Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata...
Namun kita tetap menyayangi dia... Kerna APA? Kerna kita terima dia seadanya... ^___^
 

Tuesday 7 August 2012

Tempat yang menenangkan jiwa....

Sebulan yang lalu pada 28 Jun 2012 - 2 Julai 2012, aku berada di tempat yang ku rasakan paling aman, tenang dan ku bayangkan selalu iaitu negeri di bawah bayu.. Sabah.





Melihat keindahan matahari terbenam..

Suasana dari Suria Sabah..

Sarapan pagi di Pappa Rich..



 Ikan todak yang x bergerak...


Home theraphy.. segar rasanya..

Kepada sesiapa yang belum mengunjungi Sabah, anda rasailah betapa indahnya berada di sana terutama bila bersama orang yang tersayang.. :)

Tuesday 26 June 2012

Petua Kecantikan Semulajadi

SERI PENGANTIN.

Ni nak kongsi satu rahsia kepada semua bakal-bakal pengantin.. Ini dah jadi turun-temurun keluarga saya..

Nak dijadikan cerita, my sis nak kahwin dua minggu lepas. Jadi untuk menambahkan serinya my mami pun bagi satu petua yang diturunkan daripada moyang2nya..

Tau tak guna apa??? heee guna serbuk biji kopi yang dikisar.. kalau da yang dah try, memang percayala kan dengan saya.

Biji kopi tu mesti dikisar terlebih dahulu. Kemudian, campurkan dengan sedikit air sebelum disapu di seluruh badan. Biarkan selama 45-60 minit. Kemudian boleh mandi.. Pas mandi, anda akan rasa lebih yakin jadi tryla..

Selamat Pengantin Baru!!!!

MELEBATKAN RAMBUT.

- Banyak cara boleh digunakan sekarang. Zaman orang tua kita menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan minyak dari buah kepala yang telah diparut dan diperah airnya. Minyak dari buah ini bertujuan melebatkan rambut, menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Rambut akan kelihatan lebih sihat, segar, harum dan bercahaya. Ia juga mengelakkan rambut dari gugur, tipis, berwarna merah, kering, bercabang, pecah dan berbuah.

KEKAL LANGSING

- Seeloknya selalu mengamalkan minum air perahan limau nipis setiap kali selepas makan tengahari dan juga makan malam. Kalau boleh senaman juga diperlukan dan kita dapat melihat hasilnya 2-4 minggu selepas itu bergantung kekerapan kita mengamalkannya.

MATA YANG SIHAT DAN MENAWAN.

- Sebelum tido baik mengamalkan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda untuk mengurangkan stres pada mata. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.



Tuesday 5 June 2012

Ku pilih hatimu..


SeTiap NAfasku hanya menghenbuskan namAmu..
JaNgaNlAh KaU SaKiTi cInTa InI sAmPai nanti sampai ku menutup mata untuk YaNg terAkhir..


Sambutan Gawai ( 2 Jun 2012)

 "sedap tak ikan keli ini?" dibakar khas oleh my uncle.

Gambar-gambar kat bawah ini diambil ketika sambutan Gawai Sempena Pemujaan Batu Siib di Selampit, Lundu.