Tips2 kesihatan : Jerawat.
Oh..Tidak!
Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar
atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak
belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan?
Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan
dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang
sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi
jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah
anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang
kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom
teruskan membaca info dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba badan
yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada
naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya
selalunya memiliki sifat panas baran. Untuk menghindari, dinasihatkan
supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita
mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba
perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal. Dan jika di
salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem
reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau
jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah
terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum
wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca
daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar
seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak
normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi
jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda
kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit.
Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan
toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap
ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong
sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan
membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita.
No comments:
Post a Comment